Connect with us

WTF

Wanita Tercedera ‘Ditelan’ Eskulator Di KL Sentral

Siapa sangka kisah ditelan oleh eskulator benar-benar terjadi? Setiap orang pasti mempunyai perasaan takut ketika menggunakannya sehingga terbayang perkara buruk yang bakal berlaku.

Biasanya kita dengar kebanyakan eskulator menelan kasut pengguna, terutamanya golongan kanak-kanak. Namun kisah pada kali ini adalah berbeza.

Tiba-tiba terjatuh ke dalam eskulator!

Kejadian tersebut berlaku di LRT KL Sentral pada petang kelmarin (30 September 2019) dimana seorang wanita dipercayai telah terjatuh ke dalam eskulator.

Eskulator yang berada di stesyen menuju ke Putra Height itu dikatakan tidak berfungsi secara tiba-tiba sehingga menyebabkan wanita terbabit jatuh ke dalam eskulator berkenaan.

Semasa insiden tersebut, beberapa orang kelihatan panik dan ada di antara mereka segera menolong wanita tersebut. Dia telah dikejarkan ke hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan segera.

Insiden ini telah disahkan oleh pengendali LRT Prasarana Malaysia Berhad berdasarkan kenyataan pihak Rapid KL di laman Facebook.

Pihak Rapid KL juga menyatakan bahawa mereka sedang mengawasi keadaan wanita tersebut bagi memastikan dia mendapat rawatan dan bantuan perubatan yang secukupnya.

Keluarga bagi pihak wanita tersebut telah dihubungi dan dimaklumkan berkenaan dengan insiden tersebut.

Pengguna disarankan agar tidak menggunakan telefon bimbit ketika menaiki eskulator supaya tidak lalai dan lebih berhati-hati ketika menggunakan eskulator.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending