Connect with us

WOW

Wanita Temui Ajal Selepas Melahirkan Tiga Anak Kembar

Tidak dinafikan ibu hamil antara individu yang sanggup berkorban nyawa demi melihat orang tersayang selamat lahir ke dunia.

Terbaru, seorang ibu muda disahkan maut setelah bertarung nyawa melahirkan tiga cahaya mata kembarnya di Medan, Indonesia.

Memetik laporan Pojok Sumut, Dina Nasution melahirkan tiga kembar berkenaan secara normal namun dia mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Beberapa keping gambar tiga kembar tersebut bersama Allahyarham memenuhi laman Facebook sehingga mendapat hampir 20,000 perkongsian.

Berita itu meruntun hati orang ramai yang rata-rata turut berduka dan mengenang nasib masa depan ketiga kembar tersebut.

“Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil. Perjuangan melahirkan tiga anak kembar. Surga tempatmu Dina,” tulis Yenni Yohana Marpaung.

Al-Fatihah! Besar pengorbanan si ibu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bertemu anak-anak di syurga kelak.

Sumber : Pojok Sumut

Continue Reading
Advertisement

Trending