Connect with us

Infozon

Israel Bebaskan Wanita Palestin Hamil 9 Bulan Yang Dijangka Bersalin Di Penjara

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan nasib seorang wanita Palestin, Anhar al-Deek, 25 yang hamil 9 bulan dan menunggu hari untuk bersalin tidak dibebaskan oleh pihak Israel selepas dia dipenjarakan sejak Mac 2021.

Rayuan tersebut tidak diterima dan Anhar dijangka bersalin di dalam penjara yang serba serbi tidak bercukupan seorang diri kelak.

Di kenakan tahanan rumah

Namun begitu, pihak berkuasa Israel memutuskan untuk membebaskan Anhar al-Deek dengan wang jaminan 40 ribu shekel atau kira-kira RM52 ribu. Anhar turut dikenakan syarat untuk ditahan di rumah keluarganya setelah dibebaskan dari penjara.

Pernah zahirkan keresahan untuk melahirkan

Terdahulu, menerusi laporan dari  Quds News, Anhar yang juga merupakan penghidap bipolar menzahirkan keresahannya untuk melahirkan dan membesarkan bayinya dalam tahanan.

Bagi Anhar, penjara tempatnya ditahan bukan sahaja tak sesuai untuk bayi, malah tak layak dihuni oleh manusia.

Advertisement
“Penjara tersebut tak berkelengkapan untuk kelahiran seorang bayi dan membesarkannya. Keadaan di sana sangat teruk.”
“Dia (bayi dalam kandungan Anhar) akan mengalami epilepsi akibat kekerasan di sana. Kami yang dewasa pun ketakutan.”
“Macam mana pula seorang anak yang akan dilahirkan dan membesar di sana?” kata Anhar kepada peguamnya.

https://twitter.com/Rehan_Pal98/status/1430835221780434947

Terus peluk cium anak pertama

Dapat dilihat betapa bahagianya Anhar apabila bertemu semula dengan anak pertamanya dan terus memeluk serta mencium puteri sulungnya itu.

Suaminya yang sebak hanya mampu tersenyum melihat isteri kembali semula ke pangkuan keluarga selepas berbulan-bulan berada dalam tahanan.

Terdahulu, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa keselamatan negara haram Israel di Tebing Barat kerana dituduh cuba menyerang penempatan haram Yahudi.

Pihak Israel juga ada memaklumkan yang Anhar akan bersalin secara pembedahan dengan tangan bergari dan tidak rayuan pembebasannya tidak langsung didengari.

Advertisement

Oleh itu, pelbagai kempen serta solidariti menggesa Anhar dibebaskan telah dilakukan di seluruh dunia sejak beberapa hari yang lalu.

Sumber: Twitter, Portal Quds News Network

Continue Reading
Advertisement

Trending