Connect with us

Detik

Wanita Palestin Dipenjara Tanpa Bicara Akan Bersalin Di Dalam Penjara Israel

Sehingga kini isu Palestin-Israel tidak menampakkan sebarang tanda yang segalanya akan kembali pulih setelah semakin ramai rakyat Palestin kini menjadi kekejaman rejim Zionis itu.

Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai kekejaman Israel terhadap Anhar al-Deek, wanita berusia 25 tahun yang sedang sarat mengandungkan cahaya mata keduanya.

Tak dibenarkan dapat rawatan hospital

Keadaan kandungannya yang kini berusia 9 bulan menyebabkan keluarga wanita itu merayu supaya dia diberi kebenaran untuk melahirkan anaknya di luar penjara.

Malang bagi ibu berusia 25 tahun itu, rayuan keluarganya kepada pihak badan antarabangsa tidak membuahkan hasil.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Anhar telah dimasukkan ke dalam penjara oleh tentera Israel ketika kandungannya baru berusia 4 bulan.

Advertisement

“Orang dewasa pun takut, macam mana nak besarkan anak di sini”

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, wanita itu telah mengalami depresi akibat tekanan yang dialaminya di dalam penjara.

“Keadaan di penjara tidak sesuai untuk melahirkan dan membesarkan anak. Keadaan sangat teruk. Orang dewasa juga takut, bagaimana kanak-kanak yang dilahirkan dan dibesarkan di sini?”

“Macam mana nak tidur selepas lahirkan hanya dengan bantuan Tentera Zionis?”

Anhar turut mengirim surat buat suaminya untuk menceritakan keperitan yang dialaminya dalam tahanan tersebut.

Dia meluahkan kegusarannya kerana terpaksa melahirkan kandungan itu tanpa rawatan yang lengkap.

“Aku tidak tahu bagaimana aku akan tidur setelah pembedahan dengan bantuan tentera Zionis yang memegang tanganku dengan hina?”

““Aku tidak tahu bagaimana untuk menjaga anakku dan melindunginya dari suara mereka yang menakutkan. Aku merasa lemah ketika berhadapan dengan apa yang mereka lakukan terhadapku dan tahanan yang lain.”

Walaupun desakan netizen dibuat terhadap tentera Israel menggunakan lukisan dan hashtag #FreeAnharAlDeek, sehingga kini mereka masih memilih untuk menafikan hak wanita tersebut.

Advertisement

Sumber: Twitter @fakhrifadzli

Continue Reading
Advertisement

Trending