WTF
Wanita Nyaris Maut Selepas Halang Kereta Suami Dipercayai Kantoi Curang

Sudah menjadi adat berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. Namun begitu, lebih menyedihkan jika wujud ‘orang ketiga’ yang cuba merampas kebahagian yang telah lama wujud dalam rumah tangga.
Begitulah terjadi kepada suami isteri ini, seperti yang dikongsi menerusi laman Instagram Makassar Info dimana video tersebut memaparkan tindakan suami yang bergaduh bersama isterinya di tempat awam gara-gara orang ketiga sehingga sanggup melanggar isterinya.
Berdasarkan posting berkenaan, terdapat beberapa rakaman video lain dimuat naik menunjukkan wanita itu dilanggar suaminya sendiri.
Malah, wanita itu dilihat berpaut pada bahagian hadapan kereta suaminya namun lelaki itu tergamak tidak memberhentikan kereta sebaliknya menekan minyak dan terus berjalan.
Walaupun nyaris maut, namun ajalnya masih belum tiba apabila suaminya tiba-tiba memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
Dalam video ketiga, kelihatan si suami sedang memujuk isterinya dan mengajak untuk kembali masuk ke dalam kereta bersamanya. Bagaimanapun, kehadiran orang ramai di situ telah menimbulkan kekecohan di kawasan terbabit.
Wanita itu didakwa bertindak sedemikian kerana suaminya berlaku curang terhadapnya. Dia dipercayai berjaya membongkar ‘rahsia’ suaminya selama ini.
Walaupun diajak untuk berbincang dengan baik, wanita itu bertindak di luar kawalan dan berkeras menahan kenderaan itu sebelum dilanggar.
Difahamkan lagi, menurut portal berita Tribun Medan, wanita itu dipercayai merupakan seorang doktor manakala suaminya adalah orang ternama di daerahnya.
Namun apabila ditemubual, suaminya itu bagaimanapun menepis dakwaan bahawa dirinya merupakan lelaki dalam video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata warganet tidak berpuas hati dan mengecam perbuatan suami wanita berkenaan.
Lelaki kalau dah banyak duit, sanggup curang
Kasihan isterinya
Kalau betul dia curang, sanggup betul langgar isteri sebab orang ketiga. Nasib baik isterinya masih hidup lagi. Ish ishh, belajar lah untuk setia.
Sumber: Tribun Medan, Instagram Makassar Info

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit