Inspirasi
Wanita Kongsi Rasa ‘Cuak’, Lafaz Hafalan Ayat Al-Quran Sambil Disemak Mertua

Bergelar menantu pastinya akan ada sedikit rasa ‘gerun’ atau segan dengan ibu mertua. Lebih-lebih lagi jika menantu perempuan yang sering dimomokkan dengan pelbagai tanggapan negatif berkenaan ibu mertua.
Walau bagaimanapun, tidak semua ibu mertua bersikap dingin dengan menantu. Ada juga yang begitu rapat dan sangat menyayangi menantunya.
Ibu mertua semak bacaan
Namun, jika ibu mertua meminta kita melafazkan ayat al-Quran di hadapannya sambil disemak sudah tentu ramai yang ‘cuak’ bukan?
Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang wanita dari Indonesia apabila berkongsi momen dia melafazkan ayat al-Quran di hadapan ibu mertuanya sambil disemak bacaannya.
@alrezt17 udah lah, gabakal fyp, bener dah gabakal #epyepe
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat lancar melafazkan ayat al-Quran dan ibu mertuanya membetulkan bacaan-bacaannya yang tidak tepat.
Situasi terbabit tidaklah terlalu tegang kerana masing-masing dalam keadaan santai.
Kongsi video mengaji yang lain
Dalam perkongsian video lain di aplikasi TikTok milik alrezt17 itu, ada juga video pasangan suami isteri yang sama-sama membaca al-Quran dengan sang suami bertindak menyemak bacaan isterinya memandangkan dia seorang penghafaz kitab suci itu.
@alrezt17 yakin gk pengin? jangan tanya itu siapa yah, tanya nitizen aja coba 😌 #foryou #fyp #hafidz #suamikusurgaku
Posting tersebut telah mendapat jutaan tontonan daripada warganet. Rata-rata meninggalkan komen dengan memuji bacaan wanita tersebut yang bagus dan lancar.
Mereka juga berasa gembira melihat ibu mertuanya yang peka dengan menantunya sehingga sudi menyemak bacaan al-Quran pengguna TikTok itu.
Sumber: alrezt17

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit