Connect with us

WTF

Wanita Kemaruk PUBG, Tinggalkan Suami & Anak Usia 3 Tahun

Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu sanggup meninggalkan keluarganya setelah terlalu taksub kerana permainan atas talian PUBG yang popular dalam kalangan anak muda masa kini.

Menurut suaminya, wanita itu tergamak lari meninggalkan suami dan anak yang baru berusia tiga tahun,  sejak 31 Mei lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Kali kedua lari rupanya

Hanya mahu dikenali sebagai Apis yang berusia 24 tahun, dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu, memberitahu bahawa isterinya, berusia 22 tahun, rupanya sudah pernah lari sebelum ini.

“Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas. Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri…”

Selalu bertengkar pasal PUBG

Apis berkata, pertengkaran antara dia dan isteri semuanya berpunca daripada permainan atas talian PUBG. Malah, dia juga mengesyaki isterinya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin menghasutnya untuk keluar dari rumah.

“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian…”

Anak masih perlukan ibu

Apis meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri, kerana tergamak meninggalkan keluarga sedangkan anak mereka masih kecil dan memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang ibu.

Advertisement

Apis yang hanya membuat kerja-kerja di kampung, bagaimana pun telah membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya, kerana dia risau akan keselamatan ibu kepada anaknya itu.

Sumber : Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Trending