Connect with us

Inspirasi

“Wanita Hebat” – Gadis Selamba Pandu Kereta Guna Kaki Siap Pergi ‘Drive-Thru’ Sendiri Lagi

Kewujudan golongan kurang upaya bukanlah perkara yang asing lagi kerana di setiap pelusuk negara pastinya kumpulan ini dilihat turut menyokong pembangunan negara.

Tapi jarang sekali kita lihat rutin harian yang mereka jalani walaupun mengalami kekurangan dari segi fizikal mahupun mental.

Selamba je drive sendiri

Dilahirkan dengan kekurangan di bahagian tangan pemilik akaun ini berkongsi pemanduannya dengan hanya menggunakan kaki.

Bukan itu sahaja, menerusi video yang telah dimuatnaik di akaun Tik Toknya, wanita ini dengan selamba membuat pembelian di drive-thru tanpa bantuan dari sesiapa.

Segala transaksi di kedai makanan segera tersebut dilakukan dengan cekap walaupun hanya menggunakan kaki.

Advertisement

https://www.tiktok.com/@norfarrahsyahirahshaari/video/6999526024023264539?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6999526024023264539&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Wanita yang hebat, touching tengok”

Perkongsian yang dibuat sekadar untuk memberi inspirasi itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna laman tersebut.

Ramai di antara pengguna yang meninggalkan komen memuji kehebatan wanita tersebut memandu.

“Semoga sentiasa dalam payung rahmatnya”

Melihat ketabahan wanita tersebut, ramai yang turut menitip doa supaya urusan hariannya dipermudakan.

Setakat ini video yang menyentu hati itu telah mendapat tontonan sebanyak 2.8 juta dan 291.8 ribu likes serta dari pengguna laman tersebut.

Advertisement

Sumber: Tik Tok @nurfarrahsyahirahshaari

Continue Reading
Advertisement

Trending