Connect with us

Infozon

Wanita Disahkan Bebas Covid-19 Seminggu Sebelum Meninggal Dunia

Pada 30 April lalu, Singapura merekodkan kematian yang ke-15 iaitu seorang wanita warga tempatan yang berusia 58 tahun akibat wabak Covid-19 di Hospital Ng Teng Fong, Jurong East.

Lebih mengejutkan apabila seminggu sebelum meninggal dunia, mangsa Salha Mesbee disahkan oleh doktor telah bebas daripada jangkitan wabak tersebut, lapor Berita Mediacorp.

“Mama disahkan bebas Covid-19. Cuma badannya tak mampu bertahan lagi. Kami diberitahu mama dah semakin teruk, kesan virusnya dah sampai ke otak dan harapan sangat tipis,”¬†kata anak Allahyarham, Siti Noraisah Ali.

Menerusi laporan Mothership.SG pula, mangsa dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) setelah paru-parunya dalam keadaan lemah dan mengalami tekanan darah tinggi selain jangkitan itu merebak ke organ lain termasuk buah pinggang serta hati.

Salah seorang lagi anak mangsa turut berkongsi berita sedih itu di laman Facebook dan berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan arwah ibunya.

Dukacita dimaklumkan…

Alhamdulillah selamat dikebumikan

Terdahulu, Allahyarham yang juga mangsa paling muda terkorban akibat wabak tersebut disahkan positif  Covid-19 pada 26 Mac lalu selepas pulang bercuti dari Turki bersama suaminya yang juga disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Setakat 5 Mei, negara republik tersebut telah merekodkan jumlah kes positif sebanyak 18,788 kes dan 18 kes kematian.

Sumber : Berita Mediacorp , Mothership.SG , Palat Toro

Continue Reading
Advertisement

Trending