Connect with us

Inspirasi

Wanita Buat Kerja Amal Kutip & Buang ‘Facemask’ Tepi Jalan Elak Penularan Virus

Ketika ini, pelitup muka (facemask) merupakan satu keperluan yang wajib digunakan apabila berada ditempat sesak ataupun ramai orang demi mengelakkan penularan pendemik Covid-19.

Namun begitu, masih ada rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab apabila membuang facemask yang sudah digunakan di merata-rata tempat sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah.

Kutip facemask yang dibuang mertata

Oleh sebab itu, seorang wanita, Vasugi Ramasamy telah melakukan kerja amal dengan mengutip facemask yang dibuang di tepi-tepi jalan di laluan ke tempat kerjanya.

RIsau keselamatan warga emas & kanak2

Vasugi dan adiknya Suriya telah menjalankan misi mereka kerana berasa terpanggil bagi mengelakkan berlaku penularan bakteria dan kuman lebih-lebih pada ketika pendemik ini.

Hal ini bukan sahaja boleh membahayakan warga emas yang berisiko tinggi mengalami jangkitan, malahan kanak-kanak kerana imunisasi diri yang rendah berbanding orang dewasa.

Janganlah buang facemask merata2

Dia akhir perkongsian wanita tersebut, dia meminta agar orang ramai tidak sesuka hati membuang pelitup muka yang sudah digunakan kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

“Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK)dimerata,itu akan menambahkan risiko.”

Respect & salute!

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Vasugi dan adiknya kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan semasa.

Amalkan sikap bertanggungjawab

Semoga ramai yang ikut jejak macam ni

Sumber: Vasugi Ramasamy

 

Continue Reading
Advertisement

Trending