Connect with us

WOW

Wanita Berusia 73 Tahun Selamat Melahirkan Anak Pertama, Dengan Gunakan Kaedah IVF

Mempunyai anak sendiri dari hasil perkahwinan bersama insan tersayang. Namun, sesetengan orang kurang bernasib baik apabila tidak dikurniakan rezeki untuk mempunyai zuriat mereka sendiri.

Selagi tidak berputus asa, ramai pasangan berusaha pelbagai cara demi mendapatkan zuriat sendiri selagi termampu. Seperti wanita yang dikenali sebagai Prabha Devi ini, telah selamat melahirkan anak yang pertama pada usianya mencecah 75 tahun.

Mungkin “ibu tertua” di dunia…

Wanita ini telah selamat melahirkan anak perempuannya di Rajasthan, India dengan cara C-Section dan bayinya telah dikategorikan sebagai pra-matang. Dia mungkin akan dinobatkan sebagai ibu yang tertua didunia kerana melahirkan anak pada usianya yang lanjut 75 tahun.

Kesihatan diri tak normal, tetap mengandung macam biasa

Devi melahirkan anak perempuan yang hanya seberat 453.6 gram kerana anaknya terpaksa dilahirkan pada hanya selepas minggu ke-30. Ini adalah akibat daripada kesihatan Devi yang agak lemah untuk meneruskan kehamilan secara normal.

Tambahan pula, Devi juga dilaporkan hanya mempunyai satu paru-paru sahaja yang berfungsi menolongnya bernafas.

Dah pernah ambil anak angkat sebelum ini…

Devi dan suaminya telah menyatakan bahawa sebelum ini mereka telah mengambil anak angkat sebagai peneman hidup mereka. Namun, Devi tetap menginginkan anaknya sendiri, jadi dia telah membuat keputusan untuk melakukan rawatan IVF untuk mengandung.

 

Disebabkan beberapa masalah dan komplikasi semasa kehamilan, jadi dia terpaksa melakukan C-section dengan segera. Pihak hospital juga tidak menyangka yang Devi akan mampu untuk membawa kandungannya lebih dari 6 bulan.

Walaupun wanita yang lebih tu mempunyai risiko yang sangat tingga untuk mempunyai pelbagai masalah semasa dalam kehamilan, tetapi mereka tetap membuktikan yang mereka mampu bertahan demi zuriat mereka sendiri.

Sumber: Elite Readers.

Continue Reading
Advertisement

Trending