Connect with us

Inspirasi

Wanita Akui Selalu Dimanjakan Mentua, Dapat Layanan Terbaik Masa Tak Sihat

Bagi pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan keluarga mentua seperti keluarga sendiri supaya tidak kekok dalam menjalani kehidupan bersama anak mereka.

Malah layanan yang baik dan penuh kasih sayang mentua juga menjadi antara kunci kebahagiaan dalam rumah tangga, selain bebas daripada sebarang ‘drama’ ketika bersemuka.

Itu kebahagiaan dilalui seorang wanita yang dikenali sebagai Alesha apabila berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya kurang sihat dan dilayan dengan baik oleh ibu mentua.

Hulur air & ubat dalam kereta

https://www.tiktok.com/@bisnishomealesha/video/6935149928247332097?is_copy_url=1&is_from_webapp=v3

Menurut Alesha, dia pernah terfikir sekiranya menerima mentua yang ‘bengis’ seperti lakonan dipaparkan dalam filem. Namun jangkaannya melesat sama sekali apabila dikurniakan pasangan serta keluarga suami yang sangat memahami.

Advertisement
“Suami dan keluarga mertua yang slalu memanjakan diriku. Dulu pernah takut mertua itu seperti di filem2 kejam,” luahnya.

Rakaman video berkenaan meraih hampir 164,000 ribu tontonan serta 3665 tanda suka selain komen warganet yang meluahkan rasa syukur dan menyifatkan Alesha bertuah memiliki ibu mentua seperti itu.

Alhamdulillah! Mentua saya pun baik

Moga bakal mentua saya pun begitu

Memang sis beruntung!

Alhamdulillah! Bukan sahaja kena jaga hubungan dengan pasangan, malah keluarganya sekali. Baru la hati ni gembira dan diberkati olehNya.

Sumber: TikTok Alesha

Continue Reading
Advertisement

Trending