Connect with us

WOW

Wanita Akhirnya Dapat Bayi Perempuan Selepas Miliki 10 Anak Lelaki

Selepas mempunyai 10 anak lelaki, penantian keluarga dan hasrat seorang ibu dimakbulkan apabila berjaya dikurniakan bayi perempuan.

Alexis Brett tidak menyangka memperoleh zuriat perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu.

“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga gembira namun berbeza pada kali ini yang berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.

Menurut Alexis, sudah semestinya sepuluh orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.

“Mereka akan bantu memakai gaun yang cantik serta menjadi pelindung kepada adik kesayangan,” ujarnya.

Tambah Alexis yang juga merupakan bekas jururawat berkata, dia dan suaminya Davie tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan.

“Pada jangkaan saya, sudah cukup untuk memeriksa jantina apabila setiap kali hamil kerana akan sama sebaik sahaja melahirkan anak kami,” katanya.

Sumber : Metro UK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending