Connect with us

Infozon

Walaupun Ramai Kritik Dr Zulkifli, Netizen Facebook Dipuji Masih Jaga Bahasa

Semalam, kecoh di media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Perkara tersebut sudah tentu mengundang pelbagai reaksi terutama rakyat dimana rata-rata meluahkan rasa simpati selain tidak kurang juga ada yang mengkritik.

Kritik tapi masih jaga bahasa

Tinjauan di media sosial, rata-rata warganet tidak melepaskan peluang untuk melontarkan pandangan serta pendapat masing-masing terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun melalui perkongsian di laman Twitter @candawaratu , dia berpendapat bahawa ramai mengkritik perkara berkenaan namun masih dengan cara yang sopan dan beradab.

“Kat Facebook ramai ja kritik Dr Zul tapi bahasa mereka masih terjaga,” kongsinya.

Main libas

Bagaimanapun menurutnya, berbeza pula dengan segelintir pengguna laman Twitter yang terdiri dalam kalangan anak muda dimana terdapat juga yang menyuarakan kritikan mengikut emosi sehingga mengabaikan adab serta nilai murni.

“Dekat Twitter ni makin menjadi² biadabnya. Begitulah kebanyakan anak muda, rasa depa ja terpaling betul dan terpaling moden. Apabila dah terbiasa biadab, semua dia libas,” katanya.

Namun begitu terdapat juga beberapa individu yang berpendapat bahawa sebagai seorang pemimpin, ia bukan ‘tiket’ untuk bebas kemana sahaja apabila bekas mufti Wilayah Persekutuan itu didakwa tidak menjalani proses kuarantin sebaik sahaja pulang dari Sabah.

Salah tetap salah

Tahulah Dr Zul disayangi ramai, tapi…

Itulah pentingnya 14 hari kuarantin

Sebab beliau Menteri Agama, tak bermakna tak perlu jaga SOP

Apa-apapun, sudah semestinya orang ramai tidak lupa mendoakan agar Dr Zulkifli dalam keadaan sihat dan kembali sembuh seperti biasa!

Sumber: candawaratu , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending