Connect with us

WOW

Walaupun Istihar ‘Lockdown’, Pasaraya Di Itali Tetap Tenang & Penuh Dengan Barang

Itali antara negara yang terjejas teruk sewaktu amaran gelombang kedua Covid-19 melanda. Peningkatan kematian dan kes jangkitan terjadi secara mendadak mendesak kerajaan negara itu mengambil tindakan dengan mengishtiharkan perintah kawalan berkurung ataupun lebih dikenali sebagai lockdown.

Sudah pastinta, perintah ini akan mencetuskan rasa panik buat segelintir pihak, sehingga mereka sanggup melakukan pembelian panik. Sesungguhnya, pembelian panik ini membuatkan ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya dan membeli barangan keperluan asas dengan kuantiti yang banyak!

Di Twitter, seorang warga Itali menunjukan senario yang sebaliknya berlaku di negara mereka. Sangat mengagumkan apabila mengetahui bahawa, sindrom panik ini tidak langsung berlaku di negara sana.

Senario-senario ini dirakamkan serta dikongsikan dalam satu video dan dikongsikan menerusi laman Twitter. Sememangnya ramai yang sangat kagum dengan rakyat Itali walaupun negara mereka diperintahkan untuk lockdown. 

Dalam perkongsian video berkenaan turut menunjukkan, keadaan pasaraya mereka yang masih penuh dengan barangan dan stok makanan.

 

Malah, rakyat saya juga dilihat mengamalkan langkah-langkah kesihatan yang telah diwar-warkan oleh kebanyakan pengamal perubatan.

Diharapkan agar negara-negara lain juga, boleh negara Itali ini sebagai satu contoh untuk bertindak semasa keadaan yang genting melanda. Cetus panik dan endahkan arahan pihak kesihatan sudah semestinya tidak akan membantu menangani masalah yang sedang melanda ketika ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending