Connect with us

Cute

Walaupun Buta, Oyen Ini Tetap Buat Orang Jatuh Hati Pada Kecomelannya!

Tidak dapat disangkal lagi, keletah dan aksi lincah haiwan-haiwan kadang kala dapat menghilangkan tekanan seseorang. Namun, haiwan juga mungkin seperti manusia, ada yang lahir dan tidak dikurniakan tubuh badan yang sempurna.

Tetapi, walaupun mereka ini agak istimewa dan tidak sempurna, namun ia tidak menghalang mereka untuk beraksi lincah dan kelihatan comel seperti yang lain.

“Walaupun buta tetap comel…”

Seekor kucing berwarna oren yang dikenali sebagai Blind Kazou, telah memikat hati kebanyakan orang yang melihat aksinya. Kucing ‘oyen’ ini hakikatnya dilahirkan tanpa mata, yang hampir tertutup kesemuanya berjaya menarik perhatian ramai dengan aksi lincah dan kecomelannya.

https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1201680788720218118

Tak ada cacat cela, memang cantik dan comel!

Seorang juru gambar dilaporkan telah mengambil gambar-gambar kucing berkenaan dan hasilnya telah sangat sempurna serta memeranjatkan orang ramai.

Oleh itu, hasil fotografi berkenaan telah dimuat naik dan dikongsikan melalui laman Instagram yang dibuat khas untuk kucing ‘oyen’ itu sendiri.

Nikmati alam semula jadi…

Berlari dalam salji…

Kazou dan kawan baiknya bergambar

Potret Kazou yang sempurna!

Seperti yang disangka, setiap ciptaan tuhan itu mempunyai keistimewaan, kelebihannya dan kecantikannya yang tersendiri

Sumber: Cuti-cuti Kaki Travel.

Continue Reading
Advertisement

Trending