WTF
Wajah Unik Ada Tanda Lahir, Ibu Kesal Anak Dipanggil Cacat

Setiap budak mempunyai keistimewaan tersendiri tetapi ibu mana yang sanggup melihat cahaya mata sendiri dihina hanya kerana anaknya berbeza dengan kanak-kanak lain.
Marriana Bowering dari Adelaide sangat menyayangi anak perempuan yang mempunyai tanda lahir di muka dan menganggap ia merupakan satu keunikan pada anaknya.
Angelica dilahirkan mempunyai tanda lahir berwarna merah di wajahnya dan Marriana memanggil tanda itu dengan ‘ciuman malaikat’ kerana ia berbentuk seperti hati.
Namun tidak semua orang menerima keadaan anak perempuannya itu sehingga melontarkan kata-kata hinaan kepada Angelica yang mengatakan bahawa mukanya seperti dipanggang.
“Perkataan yang paling menyakitkan apabila seorang lelaki mengatakan kepada saya bahawa Angelica cacat, saya sangat terkejut.
“Ada juga yang mengatakan mukanya sangat mengerikan sehingga dia tidak akan mendapat teman lelaki pada masa hadapan dan saya tidak seharusnya membiarkan Angelica bermain dengan air panas,” katanya.
Marriana membuat akaun Instagram untuk Angelica namun dia mendapat banyak komen negatif tentang wajah anaknya. Port wine stains merupakan tanda lahir yang muncul di muka namun boleh juga terdapat di badan.
“Saya risau apa yang bakal dia lalui di alam persekolahan tetapi saya berharap akan ada lebih banyak pendidikan terhadap kesedaran tentang perkara ini.
“Ia sangat menyakitkan apabila orang lain bersikap kejam terhadapnya namun ketika saya melihatnya sekarang, saya tahu dia seorang yang berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” ujar Marrina.
Sumber : dailymail

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit