Inspirasi
Wajah Resah Kini Tersenyum Girang, Kegembiraan Dihulur Sebalik Tingkap

Wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia memperlihatkan ramai manusia yang terkesan dengan kehadiran virus berkenaan. Lebih menyayat hati, peniaga-peniaga kecil dan juga golongan kais pagi makan pagi sudah tertentunya tersepit dengan keadaan yang kritikal ini.
Segala pekerjaan dan pencarian rezeki terpaksa dihentikan demi keselamatan diri serta masyarakat sekeliling. Namun, masih lagi terdapat insan-insan yang sanggup menghulurkan bantuan buat golongan susah tanpa berkira jumlah wang yang telah dihabiskan untuk menolong orang lain.
Di Facebook, sebuah video yang pastinya membuka hati ramai pihak untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang senang telah mendapat perhatian yang sangat meluas dalam kalangan pengguna laman berkenaan.
Video tersebut telah memaparkan sekumpulan individu bertungkus lumus membungkus barangan keperluan asas yang bakal agihkan kepada golongan yang memerlukan. Kesemua bungkusan tersebut dimasukan kedalam kenderan dan plastik merah dihulurkan kepada golongan susah dengan hanya melalui tingkap.
Bantuan itu secara dasarnya diberikan kepada orang-orang tua dan golongan susah yang berada di tepi jalan. Kegembiraan dan senyuman lebar jelas terpancar di wajah-wajah penerima bungkusan merah itu.
Senyuman dan kegembiran yang ditonjolkan oleh golongan kurang berkemampuan ini juga telah turut dirasai oleh netizen yang menonton video berkenaan.
Ramai yang berharap lebih ramai golongan yang berkemampuan dapat melaksanakan misi ini dan menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf.
Sumber: Facebook.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit