Connect with us

WTF

Wajah Masam Mencuka, Pengantin ‘Pasrah’ Bersanding Atas Pelamin Tema Doraemon

Merancang majlis kahwin sendiri sudah tentu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh bakal pengantin. Tak dinafikan lagi, ramai inginkan segala yang terbaik untuk hari bahagia mereka, betul tak?

Bercerita tentang majlis kahwin, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok tentang pasangan pengantin Indonesia yang bersanding di pelamin berkonsep animasi Jepun terkenal, Doraemon.

@nenkthiashedenk

♬ Gratata melehoy – ᴀᴅɪᴛɪᴀ

Menerusi video itu, dilihat pasangan pengantin sedang bergambar sambil duduk di pelamin serba biru siap dihiasi patung Doraemon di tengah pelamin lagi.

Namun, apa yang menjadi perhatian para penonton adalah wajah kedua mempelai itu yang kelihatan masam mencuka seakan berasa tertekan biarpun menjadi ‘raja sehari’ di hari bahagia.

Macam kahwin paksa je

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan pemilihan tema pelamin mereka.

Bahkan, ramai yang menganggap mungkin pasangan itu tidak menyukai pelamin bertema Doraemon berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang terhibur melihat ekspresi muka suami isteri tersebut.

Yang ceria hanya Doraemon

Majlis Nobita dan Shizuka, Doraemon ‘bridesmaid’

Wajah2 tertekan

Diorang stress dengan Doraemon tu

Netizen pun tak tahu nak sedih atau nak gelak. Agaknya, mereka pilih konsep lain tetapi konsep Doraemon pula yang diterima. Aduhai~

Sumber: TikTok @nenkthiashedenk

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending