Connect with us

Sponsored Content

Vivo NEX 3 Bakal Menggugat Jiwa Pengguna, Rekaan Khas Berkonsep ‘Waterfall’ Diperkenalkan

Sebut sahaja mengenai telefon pintar keluaran dari Vivo,  semua pasti sudah dapat hidu dengan kecanggihan teknologi yang bakal dihidangkan dalam setiap keluaran terbaru meraka.

Tidak puas sajikan pengguna dengan kehebatan pada keluaran V15 dan Vivo S1, kini Vivo kembali semula dengan sesuatu yang lebih berbeza dalam Vivo NEX 3!

Apa yang berbeza NEX 3 ni?

Perbezaan yang kerata dapat dilihat dalam keluaran NEX 3 ini adalah dari segi reka bentuknya. Dimaklumkan, rekaan pada sisi peranti Vivo NEX3 yang seaakan-akan lengkungan, telah diilhamkan khas dari bentuk air terjun!

Selain reka bentuk yang unik, pengguna bakal disediakan dengan paparan yang bersaiz 6.89 inci disamping resolusi skrin 2256×1080 pixel. Pengguna dijangka bakal berpuas hati dengan nisbah skrin ke badan yang hampir 99.6%.

Kamera belakangnya pula dilengkapkan dengan 3 lensa dan dibentuk seakan-akan jam tangan mekanikal. Vivo NEX3 juga direka tanpa bezel dan sangat nipis. Senanglah nak masuk poket nanti!

Jangan risau, SuperFlash Charge masih ada!

Bagi yang tertanya-tanya, Vivo masih lagi mengekalkan teknologi SuperFlash Charge dalam keluaran Vivo NEX3 ini. Jadi, pengguna masih mampu mengecas telefon dalam jangka masa 13 minit sahaja! Hebat kan?

Dah tak ada butang volume

Disebabkan rekaan Vivo NEX3 ini berkonsepkan waterfall, pihak Vivo telah melakukan perubahan yang sangat pintar menukarkan butang volume kepada grippy plastic!

Jadi, pengguna hanya perlu tekan grippy plastic disisi telefon untuk menyelaraskan volume. Wahhh, canggih teruk ni

Kamera depan hanya perlu “pop-up” je!

Tak terhenti disitu, kamera hadapan Vivo NEX3 ini tidak kurang hebatnya.

Kamera hadapannya akan pop-up atau keluar secara automatik sekiranya anda bertukar mode. Malah, sistem sekuriti berasaskan biometrik, hanya menggunakan ciri imbasan wajah dan sensor pengimbas cap jari yang terbina pada skrin.

Funtouch OS juga bertambah menarik

Bagi keluaran terbaru ini juga, Vivo telah melengkapi interface funtouch OS NEX 3 berasaskan Android 9 Pie. Penyelaras kecerahan dan bunyi serta butang shortcut hanya perlu di swipe up seperti iOS. Notifikasi pula boleh diakses dari atas  kebawah seperti Android yang lain.

Kaki game pasti sedang terancam!

Kalau nak tahu, Vivo NEX3 ini juga sangat sesuat buat kaki game diluar sana. Kenapa?

Selain berkonsepkan futuristic, Vivo NEX3 dilengkapi dengan chipset Snapdragon 855 Plus dan penyimpanan USF 3.0. Memori RAM pula disediakan sebanyak 12GB dan storage sebesar 512 GB!

Pasti syok ber-gaming! Confirm tak hang!

Senang cerita, tak ada masalah untuk memuat turun aplikasi yang berat sepert PUBG, Modern Combat 5, Mobile Lagend, Alsphalt 9 dan lain-lain game yang popular.

Namun, diingatkan bahawa Vivo NEX3 ini masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan harganya masih lagi belum dinyatakan.

Khabar angin juga menyatakan bahawa telefon pintar NEX3 ini bakal menemui pengguna pada September ini. Tetapi, kenyataan itu masih belum lagi disahkan oleh pihak Vivo.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, boleh layari Facebook Vivo Malaysia dan #staytunedwithVivo untuk sentiasa bersiap sedia dengan sesuatu yang #Unexpected!

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending