Infozon
Vietnam Sedia Kongsi Pengalaman Tangani COVID-19 Dengan Afrika Selatan

Vietnam sedia berkongsi pengalamannya mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan bersama pasukan tentera perubatan beberapa negara baru-baru ini.
Semasa perbincangan menerusi telefon dengan Timbalan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan pada Khamis, Vinh menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi pandemik tersebut.
Beliau berkongsi mengenai keupayaan Vietnam menyekat penularan COVID-19, beliau berkata penglibatan seluruh sistem politik, dengan tentera memainkan peranan penting, membolehkan Vietnam berjaya mengawal pandemik itu.
Pegawai Vietnam itu juga berkongsi hasil pencegahan COVID-19 pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Vietnam di Afrika, terutamanya usaha dan tindak balas aktif yang dilakukan oleh anggota Field Hospital di Sudan Selatan.
Thabang turut memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, melahirkan harapan Vietnam menyokong negaranya supaya dapat mengekang penyakit itu secepat mungkin.
Kedua-dua pihak mengkaji kerjasama pertahanan dua hala dan membincangkan hala tuju ke arah hubungan lebih erat pada masa akan datang.
Mereka berkata kerjasama itu wujud sejak lawatan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan ke Vietnam Ogos tahun lalu, sejajar dengan perjanjian kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada 2006.
Sumber : Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit