Connect with us

Infozon

UTM Sediakan Data Internet Percuma, Bantu Pelajar Kurang Kemampuan

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih menunjukkan angka peningkatan, aktiviti pembelajaran dalam talian bagi pelajar institusi pengajian tinggi masih diteruskan.

Justeru, sudah pastinya perkara itu memberikan kesan terhadap segelintir pelajar yang menghadapi masalah capaian internet bagi mengikuti sesi pembelajaran.

Bantuan data internet percuma

Memetik laporan Berita Harian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif dengan menyediakan pelan data internet 10GB percuma untuk pelajar B40 yang mengikuti pembelajaran sesi 2020/2021 di institusi berkenaan.

Gambar hiasan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof Dr Durishah Idrus berkata, data internet itu diperuntukkan kepada lebih 6,500 para pelajar berdasarkan permohonan yang dibuat.

“Seramai kira-kira 3,500 pelajar baharu daripada golongan B40 sesi pengajian 2020/2021 layak memohon bantuan pelan data internet percuma ini.
“Menerusi pelan data internet percuma ini, penerima akan mendapat akses tanpa had ke laman web dan aplikasi yang ditetapkan termasuk Zoom, Cisco Webex dan UTM elearning, yang boleh digunakan selama dua bulan,” katanya.

Tambah jika ada keperluan

Selain itu, pelan data internet berkenaan juga boleh dipertimbangkan untuk ditambah berdasarkan kepada keperluan dan kegunaan para pelajar.

“Jika ada keperluan untuk menambah kuota jika kehabisan data, ia akan ditentukan kemudian berdasarkan keperluan.
“Pelan data ini sudah diagihkan sejak 9 Jun lalu untuk fasa pertama hingga ketiga dan sudah membantu seramai 2,500 pelajar B40,” ujarnya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Diharapkan semoga dengan bantuan ini dapat membantu meringankan bebanan pelajar universiti sekali gus memudahkan sesi pembelajaran.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending