Connect with us

Inspirasi

Utamakan Solat Sebelum Terbang, Pesanan Terakhir ‘Pilot’ Sriwijaya Air Meruntun Jiwa

Semalam, laman media sosial dikejutkan dengan sebuah tragedi duka yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia dimana pesawat komersial Sriwijaya Air disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

Pesawat berkenaan terhempas selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak.

Rata-rata rakyat negara terbabit bahkan Malaysia juga terkesan serta turut berasa hiba dengan tragedi yang telah menimpa seramai 62 penumpang termasuk anak kapal yang menaiki pesawat itu.

Salah seorang mangsa nahas adalah juruterbang pesawat iaitu Kapten Afwan. Bagaimanapun, terdapat kisah menarik tentang mangsa berkenaan yang dikongsikan oleh keluarga dan sahabat yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

Menurut ahli keluarga dan sahabat, Kapten Afwan cukup dikenali dengan peribadinya yang dermawan dan rajin beribadah.

Advertisement

Bagi memperingati pemergiannya, seorang pengguna Twitter @AgungRahmadl memuat naik sebuah posting berkongsi cerita tentang Allahyarham suatu ketika dahulu.

Menurutnya, dia sedang tertidur waktu itu dan Kapten Afwan ingin meminjam charger miliknya. Bangun tidur, dia mendapati sekeping nota bertulis daripada Kapten Afwan.

Waktu itu…

https://twitter.com/AgungRahmadl/status/1347980116568068099

“Agung, saya pinjam charger sebentar ya. Terima kasih sebelumnya. Jangan lupa solat Subuh,” tulis Kapten Afwan dalam nota tersebut.

Dalam satu posting lain di Instagram, akaun laman sosial @makassar_iinfo berkongsi beberapa lagi perkongsian warganet tentang sifat sebenar arwah sewaktu hayatnya.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo)

Seorang warganet @kiki_salsabila mendakwa Allahyarham cukup sinonim dengan kopiah putihnya. Malah, setiap kali sebelum pesawat berlepas, dia akan menunaikan solat terlebih dahulu sementara penumpang dan kru kabin lain menunggu.

Jelas sekali, Kapten Afwan adalah seorang yang sentiasa menjaga amal ibadah sebagai seorang hambaNya di atas muka bumi ini.

Kapten Afwan cukup dikenali dengan kopiah putihnya, kita selalu menunggunya solat, setelah dia selesai solat, baru kita mula berlepas,” luahan sedih seorang pengguna Twitter @kiki_salsabila.

Dalam pada itu, pengguna akaun @muhammadravy97 tidak menafikan bahawa Kapten Afwan merupakan seorang yang baik.

Advertisement
“Orang baik orang soleh, insya Allah akan diberi jalan yang terbaik untuk dia. Terima kasih kapten Afwan,” ucapnya.

Salah satu kapten terbaik! Tak banyak ‘songeh’

Bahkan, ada juga yang bercerita tentang gambar profil Whatsapp terakhir yang digunakan oleh Kapten Afwan sebelum berlepas dan hilang kontak.

Gambar profil dipercayai milik Allahyarham

“Setinggi apa pun aku terbang tidak akan mencapai syurga bila tidak solat lima waktu,” begitulah bunyi status Kapten Afwan sebelum berlepas menaiki pesawat.

Semoga Allahyarham Kapten Afwan dan penumpang pesawat ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Jadikanlah kisahnya sebagai iktibar buat kita semua. Mati itu pasti, cuma saatnya menjadi rahsia Allah. Oleh itu sempurnakanlah tuntutan kita sebagai seorang Muslim.

Sumber: Instagram Makassar Info , Twitter @rizkianoob , Berita Hits

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending