Connect with us

Inspirasi

“Ustazah Yang Dikagumi…” – Selebriti Terkilan Kehilangan Pendakwah Kesayangan

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pendakwah dan personaliti tv, ustazah Shadiya Abbas yang meninggal dunia akibat penyakit asma kira pukul 5 pagi tadi.

Berkecimpung sebagai pendakwah di kaca televisyen, arwah sudah tentu dikenali dalam kalangan selebriti yang pernah terlibat dengan program ceramahnya.

Justeru kehilangannya turut menyentap perasaan dan jiwa beberapa selebriti yang sebelum ini menjadikan arwah sebagai sumber rujukan untuk bertanyakan soal agama.

Ustazah yang dikagumi…

Antaranya adalah pelakon Diana Amir, dia menyifatkan arwah sebagai pendakwah yang dikagumi, peribadinya yang mudah mesra sangat disenangi ramai.

https://www.instagram.com/p/B-lR1c7pnx_/

Advertisement

Jumpa pertama kali terus rasa sayang

Turut terkesan, Lisa Surihani yang terkejut mendapat perkhabaran sedih itu. Menurutnya, ustazah Shadiya mempunyai keperibadian yang mulia mudah membuat orang tersentuh dan sayang kepadanya.

https://www.instagram.com/p/B-lBFYgHNlD/

Tenanglah di syurga sahabatku sayang…

Malah, Yat Hamzah dan Anita Baharom juga bersedih dengan pemergian arwah sempat berkongsi momen bersamanya ketika arwah masih ada.

Menurut Yat, ustazah Shadiya adalah seorang sahabat yang selalu ceria dan kelakar orangnya, dan arwah selalu menjadi tempat rujukan Yat dalam bertanyakan soal agama.

https://www.instagram.com/p/B-lkfr9Az_w/

Advertisement

https://www.instagram.com/p/B-lPA_5HpeE/

Tenanglah disana kekanda…

https://www.instagram.com/p/B-lIvYgASlM/

Begitu sayang Allah pada ustazah Shadiya, tiada satu kisah buruk pun kita dengar mengenai arwah. Kesemua yang kita dengar mendedahkan mengenai keperibadian mulianya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Sumber : Diana Amir, Lisa Surihani, Yat Hamzah, Anita Baharom & Fedtri Yayha

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending