Connect with us

WOW

Ustaz Gadai Nyawa, Jadi Hero Selamatkan 4 Gadis Remaja Hampir Lemas

Seorang guru agama, Ustaz Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, telah dianggap sebagai wira oleh masyarakat setempatnya, apabila dia berani menggadai nyawa demi menyelamatkan empat orang gadis hampir lemas.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki oleh lima orang remaja perempuan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah dekat Bota.

Gadai nyawa selamatkan empat gadis lemas

Menerusi laporan Berita Harian, Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah Parit 25 Baroh Tanjung Bayan, Hutan Melintang, memberitahu bahawa keretanya telah ditahan salah seorang daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

“Saya terkejut dan sudah menjangka pasti ada musibah berlaku kepada remaja perempuan yang dalam keadaan basah kuyup yang cuba menahan kereta saya untuk meminta bantuan…”

Posted by Damia Hanie on Thursday, May 28, 2020

Tanpa berlengah, ustaz tersebut terus ke tepi tebing dan melihat dua mangsa sudah dibawa arus agak jauh, malah seorang sudah tidak sedarkan diri, manakala dua lagi sedang berpaut pada kayu.

Terjun juga walaupun air tengah deras

Tambahnya, keadaan arus air ketika itu sangat deras, namun guru KAFA itu tetap memberanikan terjun ke dalam sungai dan mujurlah kesemua mangsa berjaya diselamatkan.

“Ketika itu saya memang tak fikir panjang. Hanya ingat nyawa mangsa saja dan mahu segera menyelamatkan mereka. Malah penat berenang juga tidak terasa ketika itu…”

Jelasnya, walaupun tidak mengenali kesemua mangsa, akan tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk saling membantu insan yang di dalam kesusahan.

Sumber : Berita Harian & Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending