Connect with us

Infozon

Ustaz Ebit Lew Sewakan Rumah Baru, Pondok Usang Bakal Dirobohkan

Ustaz Ebit Lew antara insan yang dilihat paling giat menjalankan kerja-kerja kemanusiaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun, dalam pada masa yang sama ada segelintir individu dilihat kurang senang dengan niat baik Ustaz Ebit Lew ini.

Keluarga Ishak Darus antara golongan yang mendapat perhatian daripada Ustaz Ebit Lew. Dari Kuala Lumpur turun ke Kedah, pendakwah berkenaan membantu menyewakan sebuah rumah yang mempunyai lima buah bilik demi keselesaan Ishak Darus sekeluarga yang sebelum ini hanya berteduh di rumah usang sahaja.

“Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami…”

Selepas nasib keluarga Ishak Darus atau mesra dengan panggilan Pak Aq mendapat perhatian Ustaz Ebit dan rakyat Malaysia, timbul pula dakwaan-dakwaan yang agak tidak menyenangkan.

Semua dah pindah, esok rumah diroboh…

Walau bagaimanapun , dakwaan-dakwaan tersebut ditepis kembali oleh orang ramai dan menganggap pertolongan Ustaz Ebit Lew ini adalah satu rahmat buat keluarga Pak Aq untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa.

Rumah yang diduduki oleh Pak Aq ini dikhabarkan bakal dirobohkan pada hari ini. Perkara ini telah dimaklum sendiri oleh AJK masjid setempat.

Advertisement

“Peringkat awal masih ada ahli keluarga yang enggan…”

“Terima kasih Ustaz Ebit Lew dan team…”

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending