Connect with us

WOW

Usia Cecah 78, Kecantikan Seniwati Lagenda Sarimah Ahmad Tetap Mempersonakan

Masyarakat Malaysia sehingga kini masih disajikan dengan hiburan hasil karya Tan Sri P.Ramlee. Sememangnya sangat diakui karya-karya beliau sangat berkesan menyampai masej sehingga ke akhir ini.

Dato Hajjah Sarimah Binti Ahmad ataupun lebih mesra dengan panggilan Sarimah Ahmad antara seniwati lagenda filem melayu klasik yang berlakon dibawah arahan P.Ramlee sendiri. Bahkan, kebanyakan potongan dialog hasil lakonannya masih lagi meniti dibibir kalangan rakyat Malaysia.

Umur dah 78 tahun, tetap cantik macam dulu!

Sarimah Ahmad juga terkenal dengan kecantikannya ketika beliau berada diusia mudanya. Wajahnya sering kali menawan hati penonton sehingga kini.

Di Twitter, salah seorang cucu kepada seniwati lagenda ini memuat naik fotonya yang terbaru dan semestinya telah meraih perhatian para pengguna laman tersebut.

“Ya Allah cantiknya…”

Ramai mengakui bahawa, kecantikan Sarimah Ahmad sehingga kini tetap sama malah tiada bandingnya. Di ruangan komen, netizen dilihat meninggalkan kata-kata pujian terhadap kecantikannya dan juga selingan dialog popular oleh Sarimah Ahmad.

Advertisement

Teringat2 dialog dia…

Tok Sarimah lawa gila muda2 dulu…

Masih cantik seperti dulu

Cantik sangat! Semoga dipanjangkan usianya

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending