Connect with us

WTF

Urat Merah Melilit Leher & Akan Meletup, Pelajar Tahfiz 2 Tahun Derita Penyakit Misteri

Di dalam dunia ini ada pelbagai jenis penyakit, ada yang boleh diubati namun ada juga yang masih tidak dapat ditemukan penawarnya.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini dengan nama akaun Puteri Ezreen Natasya, menceritakan penderitaan yang di alami oleh adik perempuannya kerana diserang penyakit misteri hampir dua tahun.

Merebak di kawasan leher dan akan meletup

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, adik perempuannya seperti mengalami penyakit kulit, dimana sebahagian leher dipenuhi urat merah dengan kesan luka serta nanah.

Difahamkan, pelbagai rawatan telah diusahakan termasuk rawatan moden dan juga rawatan Islam. Namun, keadaan adiknya masih lagi tiada perubahan.

Terpaksa berhenti sekolah tahfiz

Disebabkan penyakit yang dialami, adik perempuannya terpaksa berhenti sekolah dan juga tahfiz, kerana badan selalu lemah membuatkan dia hanya mahu baring sahaja.

Menurut gadis tersebut, penyakit adik mula bertambah teruk dan sering terganggu terutamanya pada waktu Asar, Maghrib dan Isyak.

Bila solat & mengaji rasa terganggu

Malah, adiknya yang tidak pernah tinggal solat dan mengaji juga mengatakan berasa tidak tenang dan terganggu, setiap kali mahu melaksanakan ibadah tersebut.

Justeru itu, Puteri meminta agar orang ramai tampil membantu kerana tidak sanggup lagi mahu melihat adik perempuannya menanggung derita.

Semoga cepat sembuh…

Hantaran tersebut mendapat hampir 7.1 ribu perkongsian telah menerima pelbagai maklum balas netizen. Ramai yang mendoakan dan ada juga yang memberi pelbagai pandangan serta cadangan untuk merawat penyakit adik gadis berkenaan.

Selalu bacakan ayat Al-Quran

Minum air zam zam setiap hari

Sumber : Puteri Ezreen Natasya

Continue Reading
Advertisement

Trending