Connect with us

WOW

Unik! Pengantin Pilih Abadikan Foto Prewedding Di Reban Itik & Kandang Lembu

Bercakap tentang gambar prewedding, kebiasaannya pasangan mempelai akan mengadakan penggambaran istimewa tersebut di kawasan dan tempat yang cantik dipenuhi keindahan alam semulajadi seperti taman bungan atau di tepi pantai.

Namun begitu, lain pula bagi kedua pengantin ini yang memilih reban itik dan kandang lembu sebagai lokasi untuk gambar prewedding mereka.

Bergambar dikelilingi itik dan lembu

Momen penggambaran yang luar biasa ini dikongsikan oleh pengguna TikTok @andi_maulana.Idn, yang juga merupakan jurugambar yang bertugas memotretkan memori indah kedua pasangan terbabit.

@andi_maulana.ldn

Kadang bebek #prewedding #kadang #aceh #tiktok #viral

♬ original sound – Andi_maulana_ldn – Andi_maulana_ldn

Menerusi sebuah video pendek, pasangan itu dilihat mengenakan pakaian adat Aceh. Biarpun dikelilingi itik serta lembu, mereka kelihatan sangat bahagia saat menjalani proses penggambaran itu.

Malah, setiap gambar yang diambil nampak unik dan cantik.

Sehingga kini, video tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menyifatkan gambar itu unik tetapi ada juga yang mengatakan pakaian yang dikenakan oleh bakal pengantin kurang tepat.

Unik, berbeza dari yang lain

Baju tak sesuai

Orang lain di taman bunga, ini di kandang lembu dan reban itik. Mantap!

Ni baru best

Wow, memang luar biasa sungguh! Tak perlu pening cari lokasi strategik untuk tangkap gambar prewedding.

Sumber: TikTok @andi_maulana.Idn

 

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending