Connect with us

WOW

Umur Cecah 20, Pemuda Miliki Rumah Besar & Kereta Mewah Titik Peluh Sendiri!

Setiap individu pastinya mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri. Kebanyakannya mengimpikan untuk mencapai kehidupan yang menyenangkan seperti memiliki rumah sendiri dan juga kereta idaman pada usia yang muda.

Namun, jalan hidup semuanya sudah ditakdirkan oleh-Nya sejak azali lagi. Cepat ataupun lambat sesuatu impian itu untuk dimiliki, pasti ada hikmahnya disebaliknya sesuatu perkara tersebut terjadi.

Ucap syukur, dah ada kedua-duanya!

Di Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai Ashraff Anuar berjaya membuatkan ramai tergamam apabila dirinya dilihat mempunyai sebuah rumah besar dan kereta mewah hasil dari titik peluhnya sendiri.

Lebih menariknya, usia pemuda ini baru sahaja mencecah 20 tahun! Rupa-rupanya, pemuda ini merupakan pemilik kepada sebuah IG shop yang terkemuka dan berjaya. Maka, tidak hairanlah dirinya mampu memiliki rumah dan kereta idaman dalam usia yang sangat muda.

Rakan2 sebaya banyak yang kagum!

Sudah semestinya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapakan tahniah serta kata-kata pujian yang kagum dengan kejayaan yang dimiliki pemuda ini pada usia yang sangat muda. Bahkan, kejayaannya ini mampu menjadi inspirasi buat belia-belia yang berada di luar sana supaya lebih bersemangat untuk kecapi impian masing-masing.

“Saya pun 20 tahun, tapi masih tiada apa2…”

 

Diam2 ubi berisi…

“Aku pun rumah sewa lagi…”

Untung dia ada rumah!

Untuk mencapai impian, cepat atau lambat sudah pasti itu semua ketentuan dari-Nya. Paling penting, kita semua perlu berusaha untuk mendapatkan hasilnya.

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending