Connect with us

WTF

Ulas Isu Rasis Di AS, Bekas Miss Universe ‘Nasi Lemak’ Teruk Dihentam Netizen

Sejak semalam, nama Samantha Kayty atau Samantha Brahmacharini telah disebut-sebut di media sosial.

Bekas Miss Universe Malaysia yang pernah tular pada 2017 kerana menggayakan kostum berkonsepkan makanan nasi lemak telah memuat naik kenyataan di IG story mengulas berkenaan isu perkauman #BlackLivesMatter di Amerika Syarikat.

Kenyataan daripada bekas Miss universe

Perkara tersebut telah membuatkan ramai pihak marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Samantha yang dilihat tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang individu yang pernah membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Advertisement

Sejak bila boleh pilih warna kulit?

Dalam kenyataannya itu, golongan kulit hitam di AS perlu bersabar dengan kejadian pembunuhan George Floyd kerana menurut padangannya, mereka sendiri yang pilih untuk dilahirkan berkulit hitam.

Pernah dituduh cuba bawa budaya barat di sekolah

Tambahnya lagi, apa yang berlaku di negara itu ketika ini turut pernah dirasainya semasa belajar di sekolah di Malaysia dahulu. Dia yang berdarah Cina dan Brazil kerap diejek kerana didakwa membawa budaya barat di sekolah.

Cantik tapi tak ada otak?

Walau bagaimanapun, Samantha telah teruk dikecam oleh netizen Malaysia yang mendakwa bahawa bekas Miss Universe ini mengeluarkan kenyataan yang tidak patut dan boleh mencetuskan kemarahan kepada orang lain.

Memalukanlah dia ni

Kami tak mengaku dia orang Malaysia

Sumber : Twitter

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending