WTF
Ular Sawa Mati Terbakar, Orang Utan Sesak Nafas Akibat Kebakaran Hutan Di Indonesia

Pembakaran terbuka secara besar-besaran di Hutan Kalimantan, Indonesia bukan sahaja memberi kesan kepada pencemaran udara di negara tersebut malah turut menyebabkan habitat liar kehilangan tempat mereka berlindung.
Lagi parah apabila ribuan haiwan yang berada di hutan tersebut turut mengalami masalah kesukaran pernafasan sehingga mengakibatkan kematian.
Ular Pythons hangus dibaham api
Seekor ular gergasi yang panjangnya kira-kira dalam 10m telah ditemui mati terbakar. Pada mulanya, orang kampung menyangka ular itu adalah spesis anakonda namun setelah diperiksa rupanya ular tersebut merupakan spesis ular sawa.
Ular tersebut ditemui mati dan dikatakan tidak sempat melarikan diri daripada kebakaran tersebut sehingga menyebabkan kematian yang tragik.
Orang utan mengalami masalah pernafasan
Selain daripada ular gergasi, sebanyak 37 orang utan telah mengalami masalah kesukaran untuk bernafas akibat daripada jerebu yang melanda di negara tersebut.
Menurut Kumpulan Kebajikan Haiwan Borneo, jerebu itu telah menjejaskan beratus ekor kera di pusat penyelamat. Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) menyatakan bahawa kecemasan jerebu akan diisytiharkan apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah sehingga 500.
Asap tebal tidak hanya menjejaskan kesihatan manusia malah turut memberi kesan kepada haiwan-haiwan yang berada di hutan tersebut.
Sumber: MalayMail

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit