Connect with us

Detik

Ulama Indonesia Seru Seluruh Warga Indonesia Melakukan Solat Ghaib Untuk Mangsa KRI Nanggala 402

Majlis Ulama Indonesia mengesa agar seluruh (MUI) umat Islam di Indonesia untuk melakukan solat jenazah ghaib bagi semua anak kapal KRI Nanggala 402 yang disahkan terkorban selepas kapal selam itu tenggelam  di perairan Bali, sejak Rabu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi MUI, Anwar Abbas berkata yang solat sunat itu bertujuan bagi memohon dan mendoakan keampunan daripada Allah SWT untuk semua mangsa yang terkorban.

“Mari kita secara bersama atau bersendirian melakukan solat jenazah ghaib supaya semua dosa mereka diampuni serta pengorbanan mereka kepada bangsa dan negara menjadi ibadah serta mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT,” katanya seperti dipetik antaranews.com
Menurut beliau, pelaksanaan solat itu berdasarkan hadis yang menyebut seseorang yang meninggal dunia kerana tenggelam atau lemas dikira sebagai mati syahid.
“Seandainya memang mereka meninggal dalam keadaan seperti ini, maka mereka jelas telah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan terhormat,” ujarnya.
Ketua Angkatan Tentera Laut Nasional Indonesia, Yudo Margono pada Ahad mengumumkan, kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam di perairan Bali pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia.
Bangkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.
Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.
Menurut beliau, pelaksanaan solat itu berdasarkan hadis yang menyebut seseorang yang meninggal dunia kerana tenggelam atau lemas dikira sebagai mati syahid.
Sumber: Edisi 9

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending