Connect with us

Inspirasi

Ulama Besar Di China Wafat, Beratus-Ratus Umat Islam Iringi & Hadir Ke Pengebumian

Suasana akan bertukar sedih dan suram apabila seseorang yang banyak berjasa dan disegani oleh ramai pergi menghadap ilahi. Pastinya hilangnya seseorang insan itu, tiada pengganti yang lain.

Tular di laman Facebook, sebuah rakaman video semasa hari pewafatan seorang ulama besar yang disegani rata-rata umat islam di Barat Laut China. Video tersebut telah mendapat hampir lebih 7,600 perkongsian oleh warga pengguna Facebook.

Berduyun-duyang mengiringi jenazah!

Video berkenaan menunjukkan beratus-ratus umat islam di China, telah datang menziarahi dan mengiringi jenazah ulama berkenaan ke tanah perkuburan.

انا لله وانا اليه راجعون Telah wafat Imam Dung Kwan Abdullah. Beliau adalah Imam di Masjid Dungkwan di Kota Xining di Barat Laut Cina.Beliau ialah salah satu dari ulama besar di China.

Posted by Siti Meriam on Monday, November 25, 2019

Imam di Masjid Dungkwan…

Ulama tersebut dikenali sebagai Imam Dung Kwan Abdullah, yang merupakan seorang imam di sebuah masjid Dungkwan yang terletak di Kota Xining, Barat Laut Cina.

Ramai mengiringi jenazah Imam Dungkwan!

Dua buah lagi rakaman video pula, menunjukan ramai yang berhimpun dan berebut-rebut untuk memikul keranda jenazah Imam Dungkwan untuk dibawah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Subahanallah insan terpilih…

Maklumat lanjut mengenai Imam Dung Kwan Abdullah ini masih lagi kurang pendedahan dan maklumat tentang dirirnya. Marilah sama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman dan diredhai oleh-Nya.d

Sumber: Siti Meriam.

Continue Reading
Advertisement

Trending