WOW
Cincin Berukir Lambang Sultan Johor, Wak Doyak Berdepan Denda RM500 Ribu

Wak Doyok dilihat telah menimbulkan isu selepas memuat naik gambar di laman Instagramnya menunjukkan sebentuk cincin mempunyai ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Disebabkan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim menuntut Wak Doyok memberi penjelasan berhubung menyalahgunakan lambang peribadi institusi diraja itu.
Kemudiannya personaliti fesyen dan pelakon itu, telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri mengenai isu membeli dan menggunakan cincin berukir lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Hari ini, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor bagi tujuan persendirian.
Bagaimanapun, selebriti berusia 41 tahun itu mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.
Dia telah didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang boleh dihukum denda antara RM250,000 dan RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes ditetapkan pada 15 Jun ini bagi penyerahan dokumen.
Sumber: Astro Awani

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit