Connect with us

Inspirasi

Ucap Selamat Hari Raya, Mesut Ozil Titip Doa Buat Saudara Muslim di Palestin

Serangan demi serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas beberapa kawasan di Palestin pada penghujung Ramadan ini sememangnya memberi satu tamparan hebat buat seluruh umat Islam di dunia.

Dapat dilihat pelbagai pihak terutamanya public figure menyuarakan sokongan ke atas Palestin dengan beredarnya poster-poster mengutuk tentera Israel di media sosial.

Ucap selamat hari raya

Salah seorang individu berpengaruh di dunia, Mesut Ozil iaitu pemain bola sepak dari  Jerman turut sama bersolidariti dengan menyuarakan sokongan terhadap saudara-saudara Islam di bumi Gaza.

Ozil dalam satu muat naiknya di media sosial mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di dunia dan memuat naik gambarnya dengan backgroud Masjid Al-Aqsa.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Mesut Özil (@m10_official)

Doakan saudara2 di Palestin

Dalam kapsyen ringkas Mesut Ozil, dia berharap agar ibadah kita semua sepanjang Ramadan di terima oleh Allah S.W.T dan mendoakan kesejahteraan mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang.

Dia juga turut meletakkan lokasi  muat naiknya itu di Masjid Al-Aqsa Jerusalem, Palestin.

Keprihatinan Mesut Ozil itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada para pengikutnya yang rata-rata turut sama berdiri  dalam menyokong Palestin.

Advertisement

Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan-serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis sehingga mengakibatkan kematian penduduk Palestin di penghujung Ramadan ini.

Semoga tentera-tentera haram itu mendapat balasan setimpalnya dan gerun dengan kebangkitan pejuang-pejuang Islam Palestin.

Sumber: Mesut Ozil

Continue Reading
Advertisement

Trending