Connect with us

Infozon

“Ubat Gigi Jadi Punca Cerai” -Kes Penceraian Di Malaysia Paling Membimbangkan

Bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, semua yang telah dikecapi bersama tidak semuanya indah. Kadang kala, sikap pasangan yang berlainan setelah berkahwin, sering dijadikan alasan sebagai tidak sehaluan untuk hidup bersama.

Menurut laporan Sinar Harian, kadar penceraian di Malaysia kini semakin berada di tahap yang membimbangkan. Kebanyakan ke penceraian yang terjadi adalah disebabkan hal ataupun perkara yang remeh sahaja.

Pasangan bercerai hanya kerana ubat gigi

Antara kes paling remeh yang tidak disangka bakal membawa kepada kemusnahan rumah tangga adalah ubat gigi. Ubat gigi yang sering dipicit dari arah bertentangan. Situasi ini menyebabkan pasangan tersebut kerap bergaduh dan bermasam muka sesama sendiri.

Perkahwinan mereka ini juga turut ingin diselamatkan oleh pihak mahkamah, namun mereka tetap menemui jalan buntu.

Suami pendiam juga jadi punca cerai

Satu lagi kes penceraian yang boleh dianggap sebagai tidak logik adalah hanya kerana suami seorang yang pendiam. Lebih menghairankan, si isteri sudah sedia maklum bahawa pasangannya itu sememangnya seorang yang pendiam sejak dari zaman mereka bercinta lagi.

Alam perkahwinan sememangnya satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan bukannya untuk berseronok sahaja. Jika tidak mendalami ilmu perkahwinan dengan sebetulnya, hubungan yang dibina bertahun-tahun pasti bakal mudah terlerai dengan begitu sahaja.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending