Connect with us

Infozon

Ubat gigi Arang Tidak Boleh Putihkan Gigi, Ini Penjelasan Dr Amalina Bakri

Memiliki gigi putih adalah idaman bagi setiap individu kerana ingin kelihatan lebih cantik ketika tersenyum malah sekarang ini penggunaan ubat gigi arang telah menjadi trend di kalangan orang ramai.

Namun, disebalik penggunaan produk yang tidak disyorkan atau tidak dapat pengesahan dari mana-mana pakar, pasti akan ada kesan buruk kepada pengguna pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Dr. Amalina Bakri telah memuat naik Insta Story yang berkongsi informasi mengenai penggunaan ubat gigi arang ini adalah salah sama sekali.

Ini kerana menurut kawan beliau yang juga merupakan seorang pakar doktor gigi, hanya mempunyai dua cara saja untuk memutihkan gigi iaitu menggunakan Hydrogen Peroxide Gel dan membuang kotoran di permukaan gigi.

Selain itu, menurut sebuah klinik pakar gigi iaitu kaldentalclinic turut menjelaskan kesan dan fungsi ubat gigi arang yang sebenar iaitu ianya hanya membersihkan gigi dan membuang ‘plak’ gigi, namun tidak dapat membantu untuk memutihkan gigi.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan buruk dalam jangka masa yang panjang apabila mengamalkan ubat gigi tersebut kerana gigi akan berasa ngilu serta memerlukan tampalan.

Sumber : Dr Amalina Bakri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending