Connect with us

Sosial

Ubah Suai Letak Enjin Pada Basikal, Idea Kanak-kanak Ini Cetus Perdebatan Ramai

CikKoin

Diterbitkan

pada

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang budak lelaki yang melakukan pengubahsuaian pada basikalnya telah mengundang kebimbangan orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Viral Media Johor, seorang wanita dipercayai ibu kepada budak lelaki tersebut sedang merakam aksi anaknya menghidupkan enjin mesin rumput yang dipasang pada bahagian belakang basikal tersebut.

Difahamkan, budak lelaki yang memakai pakaian lengkap sukan berwarna biru itu menunggang basikal yang telah diubah suai itu untuk pergi ke sekolah.

Selepas tiga kali percubaan untuk menghidupkan enjin mesin rumput itu, basikal tersebut dilihat bergerak laju seperti sebuah motosikal.

“Elok-elok, jalan tepi-tepi. Amboi laju bukan main,” ujar wanita berkenaan.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan wanita tersebut yang membiarkan budak lelaki itu menunggang basikal yang telah diubah suai.

Mana tidaknya, memandangkan kanak-kanak itu masih bawah umur, pengubahsuaian sebegitu hanya mendatangkan bahaya keada dirinya sendiriĀ  dan bukan kreativiti dan inovasi yang perlu dibanggakan.

Sumber: Facebook (Viral Media Johor)

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending