Connect with us

Inspirasi

Tunai Umrah, Etnik Uyghur Lambai Ka’abah Penuh Sayu Sebelum Pulang Ke Negara Asal

Hujung tahun sememangnya menjadi pilihan setiap Muslim untuk menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci. Hampir segenap Muslim di dunia ini akan berusaha menjejakkan kaki di sana.

Perkara tersebut tidak ketinggalan juga masyarakat yang sedang diduga dengan penindasan iaitu etnik Uyghur yang tinggal di kawasan Xinjiang, China.

Mahu pulang ke Tanah Air

Menerusi satu perkongsian yang ditemui di Facebook, sekumpulan etnik Uyghur yang menunaikan ibadah umrah telah melambai sayu Tanah Suci sebelum berangkat pulang dengan linangan air mata.

https://www.facebook.com/Alqudsstore212/videos/2363011604029535/?__xts__[0]=68.ARDJuICE9yLmHkZe3J8nSeP6oGF4mD_p3UzHYQWW6t-9EWwlh8a3WGAJauyBCoXlduD2aHH8395mMRsx6U6TnIqHdb4wnzCxIV49dtwp-sbWyUJvkqTC2CHllPAeE48x5qIIt3kvelx_szLoghnpmhYluiWEEx0QAFfMcryXn4Ta3ZA-Z0iRwkVvsxJdqivPD_5oM7aF-Ub0GU0bK1Jp_4rG6kLIDZXsm-hdWuStAvH814xP_s2r_7myZ0-0VXZmg6-G4mNO-7DwjcgZz1R7CX-u_i9eirGrgJ770AVEFkwsM6FOyPt31fnKeQsp8Dqwd2kH168bEBD6BoaFRiM6NSiy9KiExPwe5fY&__tn__=-R

Lambai tangan sambil menangis

Situasi sayu itu memperlihatkan betapa sebaknya mereka kerana terpaksa pulang ke Tanah Air yang menekan kehidupan mereka sebagai umat Islam.

Menerusi kapsyen di muat naik itu,  mereka didakwa berasa amat berat untuk meninggalkan Ka’abah kerana kebebasan untuk beragama di negara sendiri sudah musnah.

Sejak kebelakang ini, etnik tersebut telah mendapat perhatian masyarakat Islam di seluruh dunia kerana penindasan yang berlaku terhadap mereka oleh kerajaan China. Mereka didera mental fizikal dan kehidupan beribadat mereka telah disentap.

Dapat sokongan selebriti Islam dunia

Mesut Ozil yang juga merupakan pemain bola sepak dunia telah melaungkan sokongan terhadap etnik minoriti ini dan mempersoalkan mengapa dunia hanya diam diatas kekacauan yang berlaku sehingga siaran langsung perlawanan Arsenal menentang Man. City tidak disiarkan di negara tersebut.

Sumber : mikihattkopi

Continue Reading
Advertisement

Trending