Infozon
Tumbuk Bawang Sambil Ikut Kelas ‘Online’, Gadis Berjaya Buat Rakan2 Berdekah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi telah disediakan dengan kuliah online yang dikendalikan oleh para pensyarah masing-masing.
Susulan daripada itu, mereka perlu bersedia dihadapan komputer ataupun laptop bagi mengikuti kuliah dalam keadaan bersedia walaupun berada dirumah masing-masing.
Tumbuk bawang tengah online class
Namun begitu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, dia telah berkongsi kisah lucu temannya yang sedang menumbuk bawang menggunakan lesung ketika sedang mengikuti kuliah online.
Sebab mak kerja haritu
Menerusi tweet pengguna Twitter itu lagi, rakannya itu memaklumkan dia perlu memasak untuk keluarga sambil-sambil mengikuti kelas online kerana ibunya bekerja pada hari tersebut.
Pensyarah pun terhibur sama
Walau bagaimanapun, pensyarah mereka langsung tidak kisah dan mengakui terhibur dengan gelagat pelajarnya. Dia juga memahami situasi di rumah adalah berlainan jika dibandingkan dengan pembelajaran di bilik kuliah.
Perempuan & multitasking berpisah tiada
Rata-rata warganet yang melihat perkongsian tersebut nyata turut terhibur dengan situasi itu. Walaupun sedang mengikuti kelas atas talian, gadis tersebut masih mampu untuk menyelesaikan tugasnya dirumah.
Sehubungan dengan perkara tersebut, dapat kita pelajari bahawa bertolak-ansur dalam pelbagai urusan terutamanya dalam kondisi sekarang adalah amat penting.
Hal ini bukan sahaja dapat memastikan semua individu berasa selesa malahan tidak timbul isu yang merumitkan di kemudian hari.
Dgn mic n camera tak off boleh pulak mira menumbuk bawang time online class im dead weh ahhaahhahahahahah pic.twitter.com/tijch39YZU
— potatopotitties (@Kingdaeneryz) April 22, 2020
Sumber : potatopotities

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit