Connect with us

WTF

Tular Video Persenda Solat, Pelajar Kolej & Jurujual Jam Dicekup Polis

Malaysia hidup dengan pelbagai bangsa, berbilang kaum dan juga berjenis-jenis agama yang dianuti. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk tidak menyentuh isu-isu sesitif sehingga membawa provokasi diantara satu sama lain.

Beberapa hari lalu, tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan gelagat individu cuma mempersendakan agama islam. Video tersebut telah memaparkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam, sedang melakonkan solat dalam keadaan bergurau, sambil gelak ketawa bersama rakannya.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik kedalam laman Instagram rakan wanitanya dan tular tanpa disangka. Wanita itu kemudiannya bertindak memadamkan video tersebut dari laman Instagram miliknya.

Semalam dilaporkan pihak polis sudah menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita, kerana disyaki terbabit dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial.

Suspek yang berusia 20 tahun ditahan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Taman Kledang dan juga rakannya di Taman Silibin Ria.

Menurut keterangan pihak berkuasa tempatan, lelaki itu mengaku melakukan watak solat dalam video berkenaan dan rakan wanitanya mengaku merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya, dengan niat untuk bergurau sebelum memuat naik di Instagramnya.

Polis juga merampas dua unit telefon bimbit dan kedua-dua individu terbabit direman empat hari sehingga 22 April ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sumber: Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending