Connect with us

WOW

Tular Pasangan Kembar Kahwini Pasangan Kembar, Baju Sama & Bersanding Bersama

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan sebuah majlis pernikahan yang jarang-jarang berlaku di Jawa Barat, Indonesia di mana dua adik beradik kembar sama-sama menikahi pengantin perempuan yang juga adalah adik-beradik kembar seiras.

Pernikahan pengantin lelaki kembar bernama Elwanda dan Elwandi itu menjadi tular apabila video majlis mereka tersebar di serta laman sosial memaparkan mereka mengahwini adik-beradik kembar seiras bernama Rina dan Rani.

Bukan itu sahaja, mereka turut dilihat bersanding di atas satu pelamin dengan memakai pakaian yang sama.

Pakaian sama & bersanding pun bersama

Memetik laporan Indozone, acara pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Salah seorang pengantin lelaki, Elwandi menceritakan bahawa abangya, Elwanda telah bercinta dengan Rani sejak sekolah.

Suatu hari, dia mendapat tahu Rani mempunyai adik-beradik kembar juga. Jadi, Elwandi meminta untuk dikenalkan dengan Rina dan akhirnya mereka turut menjalin hubungan.

Pada mulanya, ibu bapa jejaka-jejaka berkenaan menyangka kedua anaknya itu menjalin hubungan dengan gadis yang sama sewaktu Elwandi membawa wanita yang seiras dengan kekasih abangnya ke rumah.

Bagaimanapun, persoalan tersebut akhirnya terungkai selepas ibu bapa mereka mengetahui bahawa Rani dan Rina juga merupakan kembar seiras.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mengenai perkongsian tersebut. Mana tidaknya, perkahwinan sebegitu dianggap unik.

Kalau tertukar macam mana?

Mesti dapat anak kembar juga

 

 

Bukan itu sahaja, ramai juga yang meluahkan rasa risau jika pasangan itu tertukar suami atau isteri masing-masing. Aduh, susah juga ya? Apa pun selamat pengantin baru!

Sumber: Indozone, Instagram @undercover.id

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending