Connect with us

Inspirasi

Tular Foto Pakcik Bonceng Budak Sekolah, Lelaki Mahu Hadiahkan Pelajar Basikal Baru

Baru-baru ini, tular sekeping foto memaparkan seorang pakcik menaiki basikal sambil membonceng remaja lelaki yang berpakaian sekolah di sebuah persimpangan lampu isyarat dipercayai berdekatan Hospital Melaka.

Tidak dapat dipastikan pertalian antara mereka berdua, namun rata-rata netizen mengatakan kemungkinan itu pengorbanan seorang bapa yang menghantar anaknya ke sekolah.

Foto sayu itu mengundang perhatian seorang pengguna laman Facebook, Puncak Amani yang berhasrat ingin menghadiahkan sebuah basikal baru untuk remaja terbabit.

Ada anak² yang masih merengek kat mak bapak nak motor pegi sekolah?Ada yang masih beri alasan nak pergi kerja tiada…

Posted by Puncak Amani on Wednesday, August 12, 2020

Menurut lelaki tersebut, sumbangan ikhlas itu ingin diberikan sekali gus memberi keselesaan pelajar berkenaan untuk pergi dan pulang dari sekolah dengan sendiri tanpa menggunakan kudrat bapanya.

Basikal yang mahu dihadiahkan…

“Ada anak² yang masih merengek kat mak bapak nak motor pegi sekolah? Ada yang masih beri alasan nak pergi kerja tiada transport?
“Siapa yang kenal dengan bapa dan anak ini? Boleh wasap/hubungi saya 0173949927 / 062349927. Saya nak hadiahkan basikal yang lebih selesa untuk pelajar ini pergi ke sekolah sendiri setiap hari.
“Sumber gambar status wasap. Muhasabah diri sendiri,” kongsinya.

Hampir dapat menjejaki pelajar tersebut…

Hasil perbincangan dengan pihak sekolah, dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat itu telah membeli q0 basikal untuk para pelajar yang kurang berkemampuan.

7 lagi akan menyusul…

Pagi ini terima panggilan dari Pengerusi Pibg Sekolah Datuk Akram bagi membincangkan aturcara majlis penyerahan sebanyak…

Posted by Puncak Amani on Friday, August 14, 2020

Semoga bermanfaat buat penerima!

"Allah will never take anything away from you without the intention of replacing it with something better.”Besar…

Posted by Puncak Amani on Friday, August 14, 2020

Sumber : Puncak Amani

Continue Reading
Advertisement

Trending