WOW
Viral! Tukang Servis ‘Aircond’ Berwajah Kacak Persis Artis Korea Jadi ‘Buruan’ Para Gadis

Minggu lepas, tular kisah tentang seorang penjual nasi kuning yang berwajah mirip ‘oppa’ Korea iaitu pelakon terkenal Lee Min Ho, di Indonesia.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini heboh pula berkenaan seorang lelaki bekerja sebagai tukang servis ‘air-cond’ (AC) atau pendingin hawa yang dikatakan berwajah persis artis K-pop, di negara jiran tersebut.
Kisahnya bermula apabila seorang gadis dikenali sebagai @tibiknimiiki bercerita pada suatu hari ibunya memanggil pekerja ‘repair’ AC untuk servis AC di rumah mereka.
Difahamkan lagi, waktu itu @tibiknimiiki sedang sibuk menghadiri kelas ‘online’.
Ibu kongsi gambar tukang servis AC kacak mirip artis Korea
Tiba-tiba, ibunya menghantar mesej beserta gambar memaparkan salah seorang pekerja servis AC yang berwajah persis jejaka Korea kepada dirinya.
Teruja dengan ketampanan lelaki berkenaan, dia pun berkongsi tangkap layar perbualan bersama ibunya serta gambar lelaki itu yang diambil secara senyap-senyap oleh ibunya di aplikasi TikTok.
Menerusi video itu, lelaki tampan itu dilihat sedang sibuk membantu rakannya melakukan servis AC.
@tibiknimiiki #JamTerbangTraveloka #foryoupage #fyp #fypシ #BetterOnSero #viral #korean #serviceac kang serpis
Apa yang lebih mengeutkan adalah sejak ia dimuat naik tiga hari lepas, sehingga kini video itu telah ditonton sebanyak 6.5 juta kali oleh netizen! Luarbiasa sungguh.
Hanya orang biasa… Bukan siapa-siapa
Disebabkan ia meraih terlalu banyak tontonan, media Indonesia bertindak menyiasat identiti lelaki itu dan akhirnya mereka berjaya menemui siapa gerangannya melalui akaun Instagram miliknya.
Rupa-rupanya lelaki itu hanyalah orang biasa yang dikenali sebagai Joseph Reynaldo, bukan model atau artis.
Memang kacak!
Menjengah ke ruangan komen, video itu telah dihujani pelbagai reaksi daripada para netizen. Tak dinafikan lagi, ramai mengakui wajah lelaki itu mirip artis K-pop dan jatuh hati dengan ketampanannya.
Selain itu, ada juga yang berseloroh ingin merosakkan AC mereka supaya lelaki itu boleh bantu memperbaikinya.
Kalau tukang servis macam ni, ‘auto’ rosakkan AC rumah
Pakai selipar pun hensem
Mak dia pun ‘excited’ tengok lelaki hensem
Kenapa tukang servis AC rumah aku jauh berbeza?
Sumber: Indo Zone, TikTok @tibiknimiiki

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit