Connect with us

WTF

Tukang Masak Thailand ‘Unik’ Raih Tumpuan, Gerai Bersih Tips Bikin Jualan Laku

Sebut sahaja negara Thailand, pasti ramai yang sudah terbayang makanan jalanan yang segar, sedap dan murah. Bukan menjadi tumpuan perlancongan, bahkan negara itu turut menjado negara yang paling digemari makanannya oleh penduduk dunia.

Skil dan kehebatan tukang masak di Thailand memang tiada tolok bandingnya. Bahkan di Malaysia juga gemar untuk mengguna pakai tukang-tukang masak dari negara itu bagi menyediakan juadah di kedai makan mereka.

Bahan-bahan susun dengan teratur!

Sebuah video telah berjaya meraih tumpuan ramai apabila memaparkan sebuah kedai makan di Thailand mempunyai tukang masak yang berpenampilan yang sangat unik. Bukan sahaja penampilannya, gaya dan kecekapannya semasa memasak juga turut menjadi pujian.

Walaupun tukang masak ini tampil dengan gayanya yang unik, namun tahap kebersihan di tempat kerja meraih pujian daripada orang ramai termasuklah rakyat malaysia sendiri. Melibatkan diri di bahagian penyediaan makanan sudah tentunya kebersihan antara perkara utama yang harus dititik beratkan.

Teratur, bersih dan nampak sedap!

Diruangan komen juga dipenuhi dengan pujian kerana kebersihan di gerainya itu kelihatan sangat bagus dan terbaik.

Advertisement

Bagusnya kedai kemas & tersusun!

Kedai makanan jalanan macam ni pun sangat bersih!

Setiap bahan ada sudu sendiri, baru betul bersih

Pertukaran jantina di negara Thailand bukanlah satu kepelikan malah negara itu juga menawarkan servis menukar jantina dengan harga yang sangat murah.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending