WOW
Tuah Gantung ‘Banner’ Cari Jodoh, Pemuda Ini Bakal Bernikah Lepas Raya Aidiladha

Ingat tak lagi dengan satu kisah viral, mengenai seorang lelaki yang menggantung poster untuk mencari jodoh? Baru-baru ini khabarnya, dia yang dikenali sebagai Nooraziro Abdullah, 35, akhirnya sudah bertemu pilihan hati.
Difahamkan, Nooraziro yang bekerja sebagai tukang rumah dari Kampung Gong Nangka, Marang, kini sedang hangat bercinta dengan seorang seorang wanita yang dikenali sebagai Ibah, 33, dari Pahang sejak Mac lalu.
Dari 5 gadis, Ibah menarik hati
Menerusi laporan Harian Metro, Aziro memaklumkan selepas dia memasang poster itu, terdapat lima orang wanita, termasuk Ibah yang cuba berkenalan dengannya, namun dia lebih serasi bersama Ibah.
“Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya…”
Lemah lembut & memahami
Tertarik dengan personaliti Ibah yang lemah lembut dan sangat memahami, Aziro telah membawa wanita itu berjumpa dengan kedua orang tuanya untuk mendapat restu.
“Ibah seorang yang lemah lembut dan paling penting dia seorang yang memahami dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan saya…”
Malah, Aziro memberitahu bahawa dia dan kekasihnya itu akan bernikah selepas sambutan Aidiladha, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan.
Tahniah buat Aziro kerana telah bertemu jodoh akhirnya, semoga urusan pernikahan berjalan dengan lancar.
Sumber : Harian Metro

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit