Connect with us

WTF

‘Trend’ Bela Anak Patung Roh Kanak-Kanak, Dikatakan Kembali Hidup Di Malaysia

Jika diperhatikan, banyak juga filem-filem seram yang menggunakan anak patung sebagai pengantara dan diterapkan pelbagai unsur mistik. Sebagai contoh, Annabelle yang digambarkan dalam filem mempunyai wajah yang menakutkan dan gemar menghantui orang sekelilingnya disedari.

Bagi sesetengah negara seperti Thailand, mereka seakan-akan tidak kisah, malah mereka mempunyai budaya yang unik dikenali sebagai anak patung Luk Thep (anak tuhan).

Dah ada kat malaysia?

Walaupun budaya ini popular di Thailand, namun dikhabarkan bahawa trend ini telah dibawa masuk ke Malaysia. Dilaporkan juga, Luk Thep ini telah mula dilihat dan beberapa amaran sudah tersebar di media sosial agar tidak terlalu mendekati anak patung ini.

Sebelum itu, walaupun trend Luk Thep ini terkenal di negara Thailand, namun dikatakan bahawa budaya berkenaan telah lenyap sejak 2016 lagi. Tetapi, seorang wanita dikenali sebagai Mama Ning, menyatakan bahawa dia “menghidupkan” kembali trend ini.

Anak patung buatan sendiri

Dikatakan, Mama Ning juga membuat dan mencipta anak patung dengan meletakkan jiwa atau roh kanak-kanak yang hidup di dalamnya. Patung ini juga dikatakan mengandungi ilmu hitam yang boleh merasuk serta tunaikan hajat yang diminta oleh tuannya.

Kena jaga macam budak kecil…

Jelasnya lagi, selepas seseorang itu mengambil anak patung ini mereka seharusnya berjaga-jaga kerana ia seumpan mengambil anak angkat. Anak patung ini perlu dibela seakan-akan menjaga anak sendiri.

Mereka ini perlu diberi makan, mandi, dipakaikan baju dan membawa mereka keluar bersiar-siar seperti menjaga seorang budak kecil.

 

Walau bagaimanapun, masing-masing mempunyai kepercayaan dan pegangan yang tersendiri. Diingatkan juga agar semua orang saling menghormati dan tidak menghina agama yang dianut.

Sumber: World of Buzz.

Continue Reading
Advertisement

Trending