Connect with us

WTF

Tragedi Menjelang Aidilfitri, Pesawat Pakistan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Menjelang Aidilfitri kurang daripada 24 jam sahaja lagi, sebuah Pesawat Pakistan International Airlines dimaklumkan telah terhempas dan terbakar.

Kejadian berlaku di Pakistan pada Jumaat. Laporan awal mendapati, kemalangan kapal terbang PIA berpunca daripada sekawan burung yang bertembung dengan pesawat dan memasuki bahagian enjin menyebabkan sebahagian enjin terbakar.

Pesawat hilang kawalan jatuh di kawasan perumahan

Pesawat tersebut hilang kawalan dan terhempas di kawasan perumahan di Karachi, mengorbankan kira-kira 107 penumpang termasuk anak kapal.

Datuk Bandar Wasim Akhtar, berkata, nahas tersebut juga berkemungkinan telah mengorbankan penghuni di kawasan perumahan itu, namun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

Tinggal lagi 6 saat nak sampai ke destinasi

Pihak Lembaga Penerbangan Awam mengesahkan bahawa penerbangan itu membawa 99 penumpang dan 8 anak kapal, sepatutnya berlepas dari Lahore dan dijadualkan mendarat pada pukul 2:30 petang, waktu tempatan di Karachi.

Usaha mengenal pasti kesemua mangsa masih lagi dijalankan, dua penumpang yang terselamat kerana melompat keluar dari pesawat sebelum terhempas dilaporkan stabil.

Sumber : Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Trending