Infozon
Tragedi Letupan Di Beirut, Thailand Sampaikan Ucapan Takziah

Thailand pada Selasa turut mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa insiden letupan di Beirut, Lubnan pada Selasa.
“Saya dukacita dengan kejadian letupan besar-besaran di Beirut pada 4 Ogos, yang mengakibatkan korban jiwa yang ramai dan kerosakan bangunan serta harta benda.
“Bagi pihak kerajaan serta rakyat Thailand, saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada anda dan keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi itu,” kata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha dalam perutusan takziahnya kepada Perdana Menteri Hassan Diab.
“Dengan kekuatan dan ketabahan rakyat Lubnan serta kepemimpinan anda, saya yakin Lubnan mampu mengharungi bencana itu,” katanya.
Sementara itu, Menteri Luar Don Pramudwinai berkata beliau sangat sedih sebaik mendapat berita mengenai kejadian letupan itu.
Menurut Kementerian Luar tiada rakyat Thailand yang terjejas dengan insiden berkenaan.
Jurucakapnya, Cherdkiat Atthakor berkata, kedutaan Thailand di Riyadh Arab Saudi akan terus memantau rapat keadaan.
“Terdapat kira-kira 200 warga Thailand tinggal di Lubnan,” katanya.
Sumber : Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit